E.Y.E - Lebih Hebat Lagi (1997)


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.
Ucapan terima kasih yang  teramat sangat buat dj-dj di semenanjung malaysia, sabah, sarawak, Indonesia dan dimana jua dj yang memutarkan lagu dari album-album e.y.e. Tak lupa jua buat penerbit sensasi (adinda amiro), zack, renggo dan rakan-rakan (Bung Gerry, Sam, Aub, Dollah, Gee, Hairy) dengan ucapan terima kasih daun keladi, tahun depan tolong lagi.
Kepada media elektronik, media cetak, kami tak lupa anda, anda jangan lupa kami ya!, Terima kasih banyak-banyak diatas sokongan anda, buat manager FMC Mr. Ho dan staf-staf A&R (Mahzan B), Yan, Roy dan lain-lain, semoga dengan lahirnya album terbaru ini akan mengeratkan lagi perhubungan kita.
Buat kawan-kawan Zali, As, Mat, Kiddan Amy Utama sokongan anda tak lupakan tapi, "jangan serik tau". Terima kasih banyak-banyak jua buat King dan Ton Studio Saund Man(Kang), album baru jumpa lagi.
Buat channel eleven Studio (Mr Teh James, Eng) serta Mastering Studio iatu Genisis dan Sound Man (Black) terima kasih, you all penyelesai segala masalah semasa proses recording album keempat e.y.e ini, thank you so much.
Kepada keluarga tersayang, dikampung, doakan semoga Tuhan memberi segala usaha anakmu ini. Akhir sekali buat seluruh peminat e.y.e yang tersayang tak kira dimana jua berada, sesungguhnya kami amat besar hati di atas sokongan anda dan hayatilah lagu-lagu dari album terbaru ini.
Sekian. Wassalam.

IZAM Vocal
AMIR Guitar
B.A.D Bass
TAUFIK Drum

MUTIARA KASIH

Dikeheningan malam
Termangu ku di jendela
Ku bermuram mengenangi mimpi
Dikala duka

Kupetik mawar putih
Ku taburkan dibumi mu yang sepi
Ku nangisi
Kepergianmu
Sesungguhnya cinta kita
Tiada bertahta lagi

Hujan dikala muram
Membasahi pusara merahmu
Terasa amat kehilanganmu.....
Oh...oh...

Sebutir mutiara yang terlerai disisi
Ku taburkan doa buatmu
Semoga kau diberi ketenangan
Yang akan kunjung tiba

Terlerai kisah lalu
Berlalu sudah yang tersurat
Kuabadikan memori indah
Untuk selamanya

Untuk selamanya
Terlerailah sudah
Untuk selamanya
Terlerailah sudah
Yang kuabadikan
Untuk selamanya

Untuk selamanya
Kan kuabadikan
Untuk selamanya
Terlerailah sudah
Kan kuabadikan

Lagu : Adinda Amiro
Lirik : Saidin

7. Misteri Cita


email : hendyblack.id@yahoo.co.id Islam Terbukti Benar http://hendyblack.blogspot.com/

0 komentar:

Posting Komentar

Kita Tukaran Link Yuk !

Silahkan tinggalkan komentar anda disini...

Jam Dunia